Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, baginda melihat sesuatu di dalam mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah itu baginda suka mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira' selama beberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekalan. Apabila bekalan habis, baginda pulang menemui Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang ketika baginda berada di Gua Hira' tersebut lalu berkata:"Bacalah!!!". baginda menjawab:"Aku tidak tahu membaca". Baginda berkata lagi: " Malaikat memelukkku sehingga aku terasa susah hendak bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah!!!". Aku menjawab :"Aku tidak tahu membaca" Malaikat memelukku buat kali ke kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: "Bacalah!!!". aku menjawab:" Aku tak tahu membaca" dia memelukku buat kali ketiga kemudian melepaskan aku, lalu turunlanh surah al-'Alaq ayat 1-5.
Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar,setelah tiba dirumahnya baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutkannya. Setelah baginda berasa tenang, baginda telah menceritakan segala peristiwa yang berlaku terhadapnya sekejap tadi. Kemudian, Khadijah membawa Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahilliyah . Beliau menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab Injil kedalam bahasa Ibrani. Beliau seorang yang tua lagi buta. Khadijah telah menceritakan segala peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w sebentar tadi. Dia terkejut. Semua tanda yang diketahuinya ada pada Muhammad, sehingga beliau berkata: Alangkah baiknya kalau waktu itu aku masih muda supaya aku dapat membantu kamu habis-habisan. Ketika mana kaummu mengeluarkan mu dari negerimu". Rasulullah bertanya kepadanya:" Apakah mereka akan menghalau aku?". Beliau menjawab:" Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya (wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolongmu pada hari itu nescaya aku akan menolong kamu secara bersungguh-sungguh tetapi Waraqah bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau meninggal dunia ketika wahyu di berhentikan buat sementara waktu.
